Info Sekolah

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PINANG

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada para pengunjung laman web sekolah kami. Laman Rasmi SK Seri Pinang ini dalam proses pengemaskinian.




Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seri Pinang ditubuhkan pada tahun 1950. Pada awal penubuhannya sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Rakyat Ladang Pinang Tunggal. Sekolah ini dibuka khusus untuk anak-anak pekerja Ladang Pinang Tunggal. Pada waktu itu sekolah ini mempunyai 15 orang murid dan 2 orang guru.

Pada tahun 1955 nama sekolah ini telah ditukar menjadi Sekolah Umum Ladang Pinang Tunggal. Jumlah murid telah bertambah kepada 30 orang bersama 3 orang guru. Bangunan sekolah ini masih kekal iaitu sebuah pondok kecil tanpa dinding dan beratap rumbia.

Pada tahun 1960 tapak sekolah ini telah berpindah ke tapak baru dan kekal hingga ke hari ini. Nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Ladang Pinang Tunggal. Bangunan sekolah yang baru telah dibina dengan lebih teratur. Jumlah murid semakin bertambah,contohnya pada tahun 1965 jumlah muridnya ialah 60 orang dan 8 orang guru.

Nama sekolah ini sekali lagi ditukar pada tahun 1995 dan namanya kekal hingga ke hari ini iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Pinang. Jumlah murid dan guru  semakin bertambah setiap tahun seiring dengan pembangunan di kawasan berdekatan.

Pada tahun 2007 jumlah murid di sekolah ini ialah 352 orang dan 18 orang guru.  Bilangan pelajar sekolah ini  bertambah tahun demi tahun,pada tahun 2012 jumlah pelajar ialah 915 orang dan bilangan guru telah bertambah kepada 46 orang dibantu oleh 5 orang staff sokongan dan 3 orang pekerja serta 3 pengawal keselamatan.


Visi Sekolah

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

Misi Sekolah

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI


Carta Organisasi Pentadbiran


Warga Sekolah